Rabu, 14 Mei 2014

Hati seOrang Ibu yang bekerjaya

hari ini mood aku rajin sikit nak update blog yang tak sebeberapa ni.. orang baca pon xde sebab cerita boring.. xpe aku xkesah pon sebab aku sedar sape aku yang serba kekurangan ini.. hik3

aku kan cemburu tengok kawan-kawan yang jadi suri rumah sepenuh masa ni.. bukannya apa..cemburu tengok dia boleh asuh anak sendiri, cemburu tengok dia boleh hias rumah tak kira masa, cemburu tengok dia boleh masak hari-hari untuk makan lunch, cemburu tengok bila anak dia sakit dia tak payah nak pikir nak ambil cuti, cemburu tengok dia ada banyak masa terluang untuk anak dia... tapi tapi tapiiiiiiii aku bukan cemburu yang busuk hati tu.. aku cemburu kagum.. contoh ' wahhhhh bestnya dia bawak anak dia jalan-jalan time orang lain sebok kerja'.. cam tu gaya dia.. kui3.

macam aku ni bukan tak ada masa untuk semua tu.. ada memang ada tapi bagi aku masa yang ada memang tak cukup untuk aku.. isnin sampai jumaat aku n suami kerja.. balik kerja aku terus mandi, masak. basuh baju, kemas beg anak.. tu rutin hari-hari aku.. pukul 9 lebih baru aku boleh rehat.. time tu anak aku dah tido.. anak aku ni memang jenis tidor awal bangun pon awal.. so aku nak main-main dgn anak aku 30 minit je kat rumah tu.. sabtu ahad je ada masa tu pon bagi aku memang tak cukup... masak sedap-sedap, bawak anak g jalan-jalan, main dgn anak.. bila malam ahad aku dah lemau sebab esok isnin rutin aku bermula seperti biase.. anak aku dok taska seperti biasa... bila anak sakit pulak aku dah jadi pening kerja kat opis sape nak backup sebab staf aku sorg je yang lain semua bos.. sekali-sekala bos backup boleh la kalo dah selalu naik segan aku tau.. tapi tulah manusia ni mana penah bersyukur knknknknkn.. 48 jam masa dengan anak tukan banyak..

tapi aku ni kalo dok rumah pon boring gak.. kerja gak best.. hari-hari boleh jumpa kawan.. hari-hari boleh pening kepala sebab kerja.. hari-hari boleh pakai baju kurung.. erkkkkk tu pon boleh... apa-apa jela ira oiiiii...ha3..

tapi kan aku rasa tajuk macam takde kena-mengena je dgn apa yang aku bebelkan ni... takpe la janji korang tak pening baca..

p/s : esok aku rasa nak cuti la sebab aku nak duduk rumah sorang-sorang,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan