Isnin, 24 Februari 2014

27 kali duduki ujian memandu

Dubai: Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu.
Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.
Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.

“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.

' petikan harian metro '



ira alhamdulillah sekali je ambik walaupun org yang test JPJ tu dok kol 'girlfriend' dia... kuangkuangkuang.. bila ingat balik macam kelakar je.. dah la getar lutut time bawak kereta tu blh plk die sebok ngan hpl die.. tapi nasib baik lulus...

Normal sangat bila test pakai manual... tapi bila beli kereta pakai auto... bila nak cuba-cuba bawak kereta manual getar balik lutut... lupe main gear la makcik... ingat balik mmg kelakar.. tapi kalau cerita pon korang kompom tak paham nye...

korang berapa kali ambik ujian lesen memandu erk?...

p/s : sekarang ade driver sedia ada berkhidmat sampai bila-bila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan