Isnin, 24 Februari 2014

27 kali duduki ujian memandu

Dubai: Seorang lelaki warga India terpaksa bersusah-payah selama empat tahun untuk memperoleh lesen memandu di Emiriah Arab Bersatu.
Kini, dia bercadang untuk menerbitkan filem mengenai kesusahan yang dihadapinya itu. Selepas menghabiskan hampir Dh40,000 (RM35,747) untuk mengambil ujian memandu sebanyak 27 kali, termasuk terpaksa menangguhkan perkahwinannya, Namsheed Muringolihas akhirnya berjaya mendapatkan lesen memandu pada 18 Februari lalu.

Namsheed, 28, berkata, dia bertukar jurulatih sebanyak 13 kali dan pernah tidak menghadiri upacara pengebumian ahli keluarganya sepanjang tempoh empat tahun itu. “Saya tidak pernah berputus asa. Selepas setiap kali gagal, saya kumpulkan wang untuk menjalani ujian berikutnya,” katanya.
Namsheed memberitahu dia tidak dapat bercakap dan menggeletar seluruh tubuh setiap kali menjalani ujian memandu. “Malah, pada 18 Februari lalu, ketika saya mengambil ujian memandu buat kali ke-27, bapa tunang saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di India. Tumpuan saya terganggu, tetapi saya berjaya lulus.

“Saya bertunang dengan Shabeena pada Ogos 2012. Tetapi perkahwinan kami terpaksa ditunda kerana saya mahu mendapatkan lesen memandu terlebih dulu.

Kini, saya boleh pulang dan berkahwin dengan senang hati,” katanya.

' petikan harian metro '



ira alhamdulillah sekali je ambik walaupun org yang test JPJ tu dok kol 'girlfriend' dia... kuangkuangkuang.. bila ingat balik macam kelakar je.. dah la getar lutut time bawak kereta tu blh plk die sebok ngan hpl die.. tapi nasib baik lulus...

Normal sangat bila test pakai manual... tapi bila beli kereta pakai auto... bila nak cuba-cuba bawak kereta manual getar balik lutut... lupe main gear la makcik... ingat balik mmg kelakar.. tapi kalau cerita pon korang kompom tak paham nye...

korang berapa kali ambik ujian lesen memandu erk?...

p/s : sekarang ade driver sedia ada berkhidmat sampai bila-bila

Rabu, 19 Februari 2014

Manusia sememangnya tak sempurna

As salam,

KITA... yer kita yang bernama manusia.. yang lahir dari perut ibumakmamamomy masing-masing...

kita yang tak sempurna...

selalu alpa dengan dunia...

tanpa ambik peduli orang sekeliling...

selalu insaf hanya sementara...

Ya dimulut tapi dihati Tidak...

akal fikiran ada tapi selalu tidak guna dengan seeloknya...

Bila kehilangan baru tercari-cari...

" Ya Allah kuatkan imanku cekalkan hatiku agar tidak berpaling... Lindungi orang sekelilingku yang ku sayangi "...
 




Ahad, 16 Februari 2014

hadiah untuk suami????....

As salam,

bulan mac bakal menjelma...

huaaaaa....

tahun ni blur pulak... en.suami n anak lahir bulan yang sma.. dan yang paling best cuma selang sehari je..

en.suami 11 mac
anak tercinta 13 mac

tapiiiiii...

dok pkpk ape nak bagi kat en.suami erk?...adoiiii baru 2 tahun kawen dah blur.. belom lagi bertahun-tahun.. lagi blur la nampaknye.. ade idea tak korang-korang-korang-korang

tang anak xpening sangat... tapi tang suami yang pening.. boleh migrin tau... aku ade pk beberapa benda ni

1) wallet + belt  (sebab dua2 dah lusuh,tengok suami pergi kerja dgn belt buruk cian pulak tengok).. tapi suami aku jenis tak kisah janji boleh pakai lagi...

2) kasut kerja (pon sma gak tengok macam tak lama ke tong sampah je tuuuu)... tapi tengok balik macam ok lg..

3) baju (emmmmm aku macam pk nak bagi baju kerja, yela tgk laki aku tu pakai bj kerja yg sma je tiap-tiap minggu boring pulak rasa... hahahahha bini yg boring suami relaks je)...

4) jam (ni tak kotttt sebab tahun lepas 2 jam aku kasi okkkk...erkkk 3 la.. so jam memang aku tolak tepi)

5) seluar askar (erkkkk ni trend sekarang kottt... aku tgk kat IG ramai betol umat yang pakai... suami aku minat benda yg askar-askar ni... aku tengok kat online ade la banyak.. kalau kat kedai aku cam tak tau nak cari mana.. aku online memang kurang sgt2)

6) tengah pk yang ke-6... ape lagi erkkk

barang lelaki ni memang terhadkan?...

p/s : korang pon join la pk skali yer..

Dulu dan SekaRang

As salam,

Kadang-kadang bila bukak blog jadi blank tak tahu nak taip ape.. padahal banyak je benda nak cite kn..
Bila dah ade anak ni kehidupan memang berubah 24 Jam..

Dulu masa Bujang...

Dulu masa bujang masa tido memang cukup...
Dulu masa bujang berSosial dengan kawan kerap...
Dulu masa bujang dating selalu sgt... 
Dulu masa bujang Pk diri sendiri je...
Dulu masa bujang nak makan apa mak ade, nak beli baju+seluar+tudung+kasut mak ade...
Dulu masa bujang nak keluar kne balik cepat, kalau lambat mak ayah marah...

sekarang bila dah kawen...

Sekarang bila dah kawen masa tido memanjang je tak cukup... 
Sekarang bila dah kawen masa bersosial dengan kawan Non adoooo...
Sekarang bila dah kawen masa dating???... dating dalam rumah je sekarang...
Sekarang bila dah kawen tak boleh pk diri sendiri ok.. Anak +suami harus diutamakan...
Sekarang bila dah kawen nak makan apa.. nak baju+seluar+handbeg semua kne beli sendiri...
Sekarang bila dah kawen nak keluar pukul berapa balik pukul berapa ikot suka.. Tapi keluar dgn suami la

mana la tak berubahnya... masa bujang bukan pk orang lain pon.. nak mandi pukul berapa ikot suka.. nak makan bila ikot suka.. nak bangun tido ikot suka.. nak shopping ikot suka.. nak menggedik ikot suka (erkkk jarang kot nak gedik2 ni)..

sekarang jangan cakap la dik non oiiii... nak bangun tido kne awal ok hari minggu ke hape ke kne bangun awal si bambam tu bukan jenis bangun lambat.. paling lambat pon pukul 8 lepas tu aktiviti memunggah barang.. so ibu kne join bangun kalau tak ade lagi barang yang pecah.. nak makan pon tak boleh ikot suke.. kang suami + anak nak makan ape pulak... bab shopping pulak memang setahun sekali kotttt kuang2 sebabnya barang anak diutamakan... 

korang banyak masa tak?... nak sikit boleh..

p/s : bulan depan birthday suami + anak... 26 + 1