sekarang dah bulan september cepat je masa berlalu..
dan anak teruna kami dah setahun 6 bulan..
dan YES lagi 6 bulan nak masuk 2 tahun..
6 bulan tu tak lama pon ko pejam celik pejam celik pejam celik dah tahun depan..
anak semakin besar dan umur pon semakin meningkat..
nak cerita pasal perangai anak aku..
macam-macam kot nak bagi tahu..
perangai boleh buat aku pitam..
mengada satu hal, lasak satu hal..
tapi biase la budak kalo tak lasak bukan budak namanya lagi-lagi budak lelaki...
tang makan pulak paling-paling-paling win ok..
ko sumpat je semua dia bedal..
kadang-kadang nak tidor pon nk makan lagi..
stress ibu ko ni..
tapi serius macam mana pon perangai anak ko..
ko tetap rindu dia bila ko pg keje..
ko tetap sayang dia melebihi laki ko sendiri..
ko tetap nak cium peluk dia walaupun dia meronta-ronta nak mintak lepas..
ko tetap nak belikan dia sesuatu walaupun time ko kekeringan wang..
ko tetap layan karenah dia walaupun ko penat balik kerja..
| fahrin n otromen.. |
akukan tang mainan anak aku ni aku lebih suka dia main lego, kereta, lori,..
sebab kalo lego elok utk otak dia..
kalo kereta or lori elok untuk minda dia yang sentiasa bergerak..
kalo otromen???...elok untuk dia main lawan-lawan ke????
aku bukan apa sejak dapat otromen yang aku beli ni..
keje asyik nak main lawan-lawan je..
aku tengah tido pon boleh dia duduk atas aku siap bunyi "eyah..eyah..eyah"
lagi stress ibu ko ni nak tido..kuang3
so kepada mak-mak diluar sana..
tak payah risau pasal ke lasakan anak anda, selagi dia lasak tu menandakan anak anda sihat dan boleh bermain.. tapi lasak berpada-pada la yer.. segala aktiviti harus dipantau.. sekian pesanan daripada pihak penaja yang tak berdaftar..
p/s : aktiviti anak-anak, mak bapak pon boleh join.