Rabu, 25 Februari 2015

perubahan ketara semasa hamil...

Assalammualaikum..

akukan sejak mengandung ni malas je kejenye..
nak bangun pon malas..
nak g beli makan pon malas kalau boleh nak depan mata je..
pendek kata semuanya malas la..
tapi kalau tengok resepi rajin..
asal nampak resepi je nampak sedap..
mood nak masak selalu membuak-buak..
bulan depan birthday laki dan anak teruna tu..
plan-plan macam nak buat kek..
tunggu dan lihat je..
selalu kalau plan mesti tak jadi.. kih3

hah ni nak cakap pasal perubahan badan aku je..
aku kan sejak azali badan aku ni kurus kering je..
depan belakang flat je..
kadang-kadang tengok badan sendiri pon rasa kesian je..
tapi sejak aku mengandung anak ke-2 ni..
aku tengok badan aku naik mendadak..
jangan nak kata depan, belakang tu kembang semangkuk je aku tengok..
kalau aku lalu tempat yang ada cermin je mesti tengok belah belakang..
masa aku mengandungkan fahrin dulu xde la naik secepat ni..
ni aku baru 5 bulan badan dah macam 9 bulan masa aku mengandungkan fahrin..
so asal tengok cermin mesti gelakkan diri sendiri..
pastu aku pon mengomel sendiri..
" mestilah badan ko besar sebab ko mengandungkan anak ke-2 "..kui3
pastu bila pakai baju kurung lagi hodoh aku tengok belah belakang tu..
ni hari-hari aku g keje pakai blouse..
sebab kain dah tak muat..
buruk bebenor aku tengok kalau kain aku senteng..
malu la kalau orang tengok i kan fames kat opis..kah3
tapi hari ni aku pakai baju kurung gasak la..heeeee

emmmm ape lg nak cakap yea..
tang muka pulak jangan cakap la..
make up pon macam xmake up je..
aku tengok muka sendiri pon dah xsemegah dulu..
asyik sembab je..
sedih je tengok muka sendiri..

nak cerita pasal anak ke-2 ni dalam entri lain yea..
sekarang kemalasan yang teramat-amat..
barang bby aku xbeli satu ape pon lagi..
baru asingkan baju-baju fahrin masa bby dulu..
pastu nak tengok mana yang boleh pakai dan tak..
pastu baru aku beli ikut keperluan..

p/s : duit mengalir macam air sungai yang deras



Ahad, 15 Februari 2015

Bersiaran Kembali

Assalammualikum...

lamanya tak merapu kat blog sendiri asyik dok menjengah blog orang lain je..
nak cerita pasal anak teruna yang sedang membesar tu dalam entri lain la yea..
ni nak cerita pasal kereta viva orenku yang merajuk..
orang tua-tua kan ada pesan kalau nak beli kereta baru jangan cakap dalam or depan kereta, nanti kereta merajuk..
ira ni jenis bangsa yang degil walaupun dah tau tapi still cakap nak tukar kereta dalam kereta..
asal balik keje je nampk kereta lain lalu terus cakap kat en.suami kalau kita beli kereta tu cantik gak kan, kalau kita beli kereta ni pon cantik jugakkan..
so sepanjang jalan asyik cakap pasal kereta..
nak dijadikan cerita jumaat minggu pertama kereta xboleh start..
cek punya cek air bateri kering..
so terpaksalah jumaat tu cuti..
rugi dah cuti satu hari...huaaaaa
dah settel bab bateri kereta tiba-tiba minggu lepas tayar pulak bocor..
sudahhhhh xkan nak cuti gak kan..
so terpaksa la lewat sikit datang opis..
nasib baik ada tayar spare kalau xada terrrrrrpaksa cuti lagi..
lepas ni kalau nak cakap pasal kereta baru kena cakap dalam hari jela..
gelak untuk diri sendiri..
tula lain kali ingat apa orang tua-tua cakap..
bila dah jadi kat diri sendiri baru menyesal tak sudah..
so duit gaji bulan ni melayang dekat kereta je..
so nanti hari-hari ira nak gosok kereta puji kereta kaw-kaw..
hahahahaha

p/s :kereta baru plissssss en.suami

Rabu, 14 Januari 2015

Perubahan mengandung anak ke-2

Assalammualaikum...

sekarang ni aku dah 17 weeks bersamaan 4 bulan..
sekarang ni aku rasa macam blur-blur je..
bukan blur dok pk aku ni pregnant ke x..
tapi blur aku nak besalin mana..
kat shah alam ni hospital yang berdekatan adalah hospital klang..
ramai yang bg respon "no" hospital klang sebab hospital tu terlalu sesak..
hospital klang adalah pilihan terakhir aku..
tapi tapi tapi aku tgh tggu hospital shah alam bukak..
aku dgr sumber2 hospital tu bukak dalam bulan 6..
aku besalin hujung bulan 6..
so doa2 kan aku dapat besalalin sana yea..
dekat sikit..
tapi topik aku bukan kepada blur pon..
aku nak cerita perubahan mengandung kali ni..
aku sekarang jadi lebih malas..
asyik nak tido..
malas nak berjalan..
malas nak kemas rumah..
malas nak buat kerja..
malas nak mandi..
kadang-kadang malas nak masak..
lepas tu aku tengok cermin bentuk badan aku dan naik sikit, pinggang pon dah lebar, kaki ada sikit kembang..
mesti la dah nama pon mengandung...(ha3 gelak utk dr sendiri)
kalau dulu 5 6 bulan bj kurung still muat lagi..
tapi ni baru 4 bulan dah ketat..huaaaaaa
nak kne beli baju baru ni..
abgggg jom shopping baju..
cian bini pakai baju ketat g keje..keh3

p/s : syukur Alhamdulillah rezeki tahun ini melimpah ruah..

Selasa, 6 Januari 2015

BiLa Si iBu bekerja

Assalammualaikum..

ni aku nak cerita dan coretkan buat teman aku yang berada xde jauh sangat xde dekat sangat..

alkisah dia macam ni..

kawan aku ni dah 3 tahun xbekerja sebab menjaga anak..now anak dah 2, sorang tiga tahun dan sorang lagi baru 10 bulan.. so nak dijadikan cerita kawan aku ni baru dapat kerja semalam.. so dia tinggalkan anak dia kat taska.. alhamdulillah gak dpt taska dgn cepat kalau tak mmg payah nak cari taska awal tahun ni.. ok berbalik dgn cerita tadi kwn aku ni dok resah sebab teringatkan anak dia yg kecik tu,yg sulung alhamdulillah ok..

pendapat aku sebagai seorg ibu yg bekerja..

sememangnya kita sebagai ibu yang bekerja memang ada perasaan 100% dekat anak
resah, gelisah, gundah gulana dll.. perasaan tu aku still ade samapi sekarang.. yela kita dok pk anak ok ke kat taska tu.. tp sekarang perasaan tu dah jadi 50% je.. sebab org tua-tua penah cakap kalau kita ingat anak automatik anak tu pon akan ingat kita, sebab tu dia asyik nangis sepanjang kita bekerja.. yg penting kita kne kuat dan kental.. lagi-lagi kawan aku ni selama 3 tahun hari2 dok belek anak.. anak celik nmpk ibu,so bila sehari xnmpk tu yg anak akan menangis.. sebab dia belum serasi dengan persekitaran yang ramai orang.. belum serasi dengan keadaan yang baru.. insyaAllah anak lama-lama ok.. tapi yang aku takot sekarang ni.. aku xnak dia berhenti keje plk nanti,sebab sebelum ni xsilap aku dia pernah kerja kejap lepas tu berhenti sebab benda yg sama la,anak menangis sepanjang hari dkt rumah pengasuh... so aku harap sangat dia tabah cikit.. dulu masa fahrin baby2 lagi lepas balik kerja hari-hari aku dok pesan kat fahrin... " fahrin dok kat taska xmo nangis2 ok jadi budak bagus, kalau fahrin nangis2 nanti org xsuka, nanti org pukul2 fahrin.. ibu xnak org pukul fahrin.. so fahrin kne jadi budak bagus ".. hari2 aku dok ulang benda yang sama.. xkira la aku rasa anak aku paham ke tak janji aku tau yg dia paham.. alhamdulillah sepanjang fahrin kat taska jrg la aku dgr pengasuh ckp fahrin nangis, tipu la nk ckp yg anak aku xnangis langsung.. nangis tu ada tapi tu pon sebab xsihat or sebagainya.. aku harap kwn aku tu cekal dan tabah,aku tahu dia pon kne ambik masa gak sebab yela ko dah 3 tahun kot xkerja.. aku harap dia dapat kerja dgn tenang.. sekarang ni bukan senang ok nak dapat kerja.. dengan ekonomi yg xbeberapa nak stabil skarang ni.. awal2 ni memang la senang bila suami je kerja, sebab anak pon kecik lagi tp nanti tgk bila anak dah sekolah esok.. aku cakap ni pon sebab suami dia gaji pon bukan besar mana.. kalau gaji laki dia sebulan 4 5 6 ribu aku tak kesah kot kalau dia nak berhenti keje.. sekarang bagi aku duit sangat-sangat penting untuk famly.. kadang-kadang pasal duit laki bini pon blh gaduh tau..

aku rse pendapat aku dah panjang lebar kot.. ni pendapat aku sebagai seorang kawan.. seorang kawan yg nak tgk dia senang.. seorang kawan yang nak tgk dia happy dgn life..

p/s: aku kawan yang prihatin

Rabu, 31 Disember 2014

eSok dah TAHUN 2015

Assalammualaikum..

sekarang ni aku rasa makin lama makin cepat je masa berlalu.. sekarang tinggal lagi beberapa hari je nak masuk 2015.. eh2 berapa hari apanya.. esok dah 1/1/2015.. kan aku cakap kejap je masa berlalu.. tanpa kita sedarkan semua berlalu terlalu pantas.. kalau ko nak putar balik masa pon xboleh.. kalau ada poket doraemon kan best aku nak putar balik masa aku form 4, time tu aku nak study struggel2 kaw2 punya.. tu pon kalau boleh la.. ok berangan xsalah knknknknkn.. so tahun 2015 ni macam-macam benda aku rancang macam-macam benda aku pk.. yela tahun depan dah ada sorang lagi ahli keluarga baru.. so dari segi kewangan akan bertambahlah.. alhamdulillah gak aku dijangka besalin bulan 6 kire pertengahan tahun tu, so sekarang boleh la prepair pape dari segi kewangan kn.. so untuk tahun 2015 yang bagi aku agak mencabar dari segi kewangan sebabkan GST banyak benda yang aku dok pk2..

 KERETA
sedia maklum aku pakai kereta viva forever sejak dari zaman anak dara lg.. so kereta tu sampai sekarang still digunakan hari-hari untuk pergi kerja tiap-tiap bulan untuk baik kg.. so kereta aku tu dah berkhidmat dengan aku hampir 5 tahun.. dan sampai lah ada fahrin kereta tu still digunakan.. so tahun depan dah bertambah ahli keluarga so kereta kne lah besar cikit.. sebabnya sepanjang aku guna kereta viva ni jarang-jarang sangat duduk seat belakang.. seat belakang tu aku gunakan letak barang-barang je.. dah kalau tahun depan ade baby baru acaner tuuuu.. xkn semua skali nk dok depan..kui3.. aku memang ada ura-ura dekat laki aku nak tukar kereta.. xpayah mewah2 sangat janji besar cikit dari kereta yang ada.. ohhh lg 1, suami aku ada je kereta tapiiiiiiiiiiii 2 tahun kot xpakai so kereta tu tersadai je dekat kuarters tu.. lg angin aku tengok.. kecik besar kecik besar je dah la tersadai dekat parking berbumbung pastu tak jalan2.. so tu pon aku ada ura-ura suruh jual.. insyaallah akan terlaksana tahun depan.. bulan berapa tu xpayah cakap la janji tahun 2015.

KATIL SINGLE
kalau korang penah baca entri aku sebelum ni mesti tau kenapa aku perlukan katil single.. sapa yang tak tahu mesti cakap.. hekelehhhhh cam poyo je nak katil2 bagai.. ha2.. aku ni xsuke sangat beli katil baby.. aku lagi selesa anak tidur sebelah.. ala nanti dah besar cikit aku ajar la tidur asing.. aku dulu pon mse kecik2 xde pulak mak aku beli katil baby.. ok jeee.. tu terpulang hak individu masing-masing kan.. so berbalik pada katil tu memang aku nak beli dan letak sebelah katil quen.. agak2 fahrin dah 3 tahun baru aku alihkan katil tu ke bilik dia..

BARANG BABY
memandangkan fahrin pon baru setahun 9 bulan so baju2 dia mase baby tu still ade lagi dlm rak baju.. so minggu lepas baru asing sebab nak basuh.. nanti dah 6 or 7 bulan aku just beli yang basic2 je mcm barang mandian+pampers newborn+maybe baju cikit ikut kepada bajet aku la.. ye ke cikit.. aku ni bukan boleh kang jap lagi tgk baju baby dah menggila lagi-lagi tau jantina anak apa..


 RUMAH
bukan aku nak beli tahun depan yea... tapi insyaallah aku kumpul duit ke arah itu.. sape yang xnk ada rumah sendirikn.. idaman semua org tu.. tapi tengok harga rumah sekarang.. omang oiiii harga mencanak-canak aku tengok macam berlumba-lumba je masing2.. tapi walaupun mahal still orang beli..kadang2 tu aku dok pk banyak nau duit dia org.. dia org ni keje ape..kui3.. simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. yang penting hati kene tabah la yea.. tabah simpan duit..hik3

SHOPPING
bab shopping ni memang dari dulu kot aku ni jenis bukan kaki shopping.. contohnye la kasut keje aku akan pakai sampai lunyai ni pon aku beli bulan 6 still pakai sampai sekarang.. sme jugak macam handbeg.. 2 tahun aku still pakai.. aku xkan beli baru selagi benda tu tak rosak selagi tali tak tecabut selagi tak berkoyak.. aku rse aku shopping setahun skali kottt tu pon time raya.. selamat duit laki aku ada bini macam ni..kui3.. aku doa perangai aku yg bukan kaki shopping ni kekal sampai bila-bila...amin

aku rasa setakat ni je kot.. ni pon apa yang aku dok pk banyak kali.. rasa banyak lagi tapi udah-udah la tu tulis kang orang bosan pulak.. last to say selamat tahun baru dari aku sekeluarga semoga tahun 2015 ada sinar baru untuk korang semua.. semoga kekal lebih maju dimasa hadapan.. ingat berbelanja bia berpada.. berbelanja bia berbaloi..

p/s : aku nk bg tau tali kasut aku lg berapa inci nk koyak.. so kasut baru ditahun baru

Selasa, 16 Disember 2014

keTinggalan Zaman

Assalammualaikum..

petang-petang yang redup lagi sepoi-sepoi bahasa ni, syok kalau ada kudapankan..
apa-apa jela asalkan namanya kudapan yang boleh digigit-gigit..
ok2 sebenarnya bukan nak cerita pasal apa pon..
cuma nak cerita pasal pisang goreng cheese coklat yang sedap bakangangang tuuuu..
biase la aku ni jenis memang ketinggalan zaman berzaman-zaman..
orang lain dah berkurun lama makan ko baru nak makan yea ira..
aku memang macam ni benda yang tengah top kat Fb or Ig memang lambat cikit..
contoh macam macaron, pavlova dan seangkatan dengannya..
orang lain dah makan beribu-ribu kali yang aku ni baru terkedek-kedek nak rasa..
pastu bila dah rasa emmmmm biase je kenapa yang famous amous sgt eh..
ok2 tu cita rasa dan selesa masing-masing ok..
macam jeruk mangga tu pon aku baru je buat atas permintaan laki aku..
kalau tak ada permintaan sampai sekarang kot aku xbuat dan xrasa..
tapi aku kagum satu je jeruk mangga pon ada orang jual sampai laku gila..
tapi bukan aku lah jual aku just tgk org jual kat Fb dan Ig je..
nampak sangat rakyat malaysia ni memang tak rajin..
yang rajin hanyalah semua dihujung jari anda... kui3




alhamdulillah habis satu kotak aku kerjakan

see ko tengok pisang goreng cheese bedebah ni baru je beberapa saat aku rasa..
kalau orang lain baca mesti cakap hak elehhhh budak ni ketinggalan zaman betul la..
ha3.. dan aku boleh jawab balik " biar la, aku malas nk rasa awal2 kang kne beratur panjang.. bila aku baru rasa sekarang tak payah kne beratur zassss terus dapat "..
tapi aku memang macam ni pon..
selalu ketinggalan zaman..
orang lain dah cuba itu ini ko baru terkedek-kedek nak cuba macama-macam..
gelak untuk diri sendiri..
tapikan aku rasa ada baiknya tau..
kiranya aku ni boleh lagi mengawal hawa nafsu dari segi apa-apa pon..
baik makanan or pakaian..
contoh lagi macam jubah la..
aku tengok sekarang trend orang jual jubah sini sana..
cantik tu memang cantik..
aku tengok pon dah tergoda..
tapi aku ni dok memikirkan banyak benda..
sekarang aku hanya utamakan barang anak aku je..
barang aku kemudian2 pon boleh..
baju bertukar setahun sekali pon xde hal..
janji kelengkapan anak aku tak berkurang..
eh2 aku rasa tadi aku cerita bab makan kan so kenapa cerita bab lain ni..
nampak sangat mak buyung dah pening..

p/s : tak lama lagi fahrin jadi abg longlong kawasan

Rabu, 3 Disember 2014

MacaM PertaMa kaLi

Assalammualikum..

sedia maklum korg pon tahu aku tgh mengandung sekarang kan.. (tu pon kalau ada yg baca blog aku) now kandungan aku dah masuk 3 bulan.. kejap je masa berlalu.. tau-tau je nanti aku dah nak beranak.. kui3.. tapikan masalah aku ni aku terlalu xcited macam anak sulong je tau.. kah3 gelak untuk diri sendirI
sekarang ni aku tengah dok pkpkpkpk nak beli suplement ape, nak makan apa untuk ibu mengandung, alah macam-macam gak aku pk.. kan aku cakap macam aku beranak sulong.. tapi memang prengnant kali ni aku teruja macama anak pertama.. teruja sebab apa aku pon tak tahu.. bukan setakat tu je ni pon sekarang aku tengah pk nak beli katil bujang.. katil tu nanti aku cantum dgn katil quen so jadi besar + luas untuk kami 4 beranak..

p/s : banyak lagi sebenarnya aku pk ni